Tuesday, 30 August 2022
AKTIVITI 3R - 'RIANG RIA BOTOL PLASTIK'
MENGAPLIKASI AMALAN 3R SEMASA PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU.
MESYUARAT AGUNG KELAB KITAR SEMULA
MESYUARAT AGUNG KELAB KITAR SEMULA
PERKARA : Mesyuarat Agung Kelab Kitar Semula
TARIKH : 13 /4/2022 ( Rabu )
MASA : 2.00 – 3.30 Petang
TEMPAT : Bilik Sains
KEHADIRAN: 21 orang ( ahli Kelab dan guru Kelab Kitar Semula )
3 orang guru penasihat
HURAIAN AKTIVITI :
MINIT MESYUARAT AGUNG
TARIKH : 13 APRIL 2022 (RABU)
MASA : 1.00 PTG – 2.20 PETANG
TEMPAT : BILIK SAINS
KEHADIRAN : 21/21
BIL | AGENDA | TINDAKAN |
1 | Ucapan Pengerusi - Puan Habsah mengalu-alukan kehadiran guru-guru penasihat dan mengucapkan selamat datang kepada semua ahli bagi sesi 2022. - Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli baharu dari Tahun 4. |
|
2 | Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. 2.1 Pencadang : Syed Muhammad Afiq bin Syed Yusuf 2.2 Penyokong : Syed Al Amin bin Syed Abu Bakar |
|
3 | Perkara berbangkit - Tiada |
|
4 | Pemilihan AJK Tahunan bagi sesi 2022 4.1 Pengerusi : Nur Sorfina Ufairah bt Mohahad Shahir 4.2 Naib Pengerusi : Muhammad Adam Haziq bin Asri 4.3 Setiausaha : Fauziah bt Abu Bakar 4.4 Bendahari : syed Al Amin bin Abu Bakar 4.5 Ahli Jawatankuasa : i) Tahun 6 : 1. Izwa bt Rosli 2. Syed Muhammad Afiq bin Syed Yusuf ii) Tahun 5 : 1. Muhammad Adam Iskandar bin Ahmad 2. Nuruddin bin Irwan iii) Tahun 4 : 1. Husna Sumaiyah bt Anwar 2. Nur Insyirah bt Muhammad |
|
5 | Ucapan Penangguhan - Guru penasihat memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan. - Semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan. - Bawa buku catatan dan alat tulis. - Aktiviti akan bermula jam 1.30 hingga 2.30 petang dan tempat akan diberitahu mengikut sesuaian. - Setiap ahli diwajibkan hadir setiap kali perjumpaan.
|
Semua ahli |
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.20 petang
Dicatat oleh,
Amin
(SYED AL AMIN BIN ABU BAKAR) Tarikh : 13 APRIL 2022
Setiausaha ,
Kelab Kitar Semula
SUDUT KITAR SEMULA
AKTIVITI SAYANGI SUNGAI KITA
MENGUMPUL DAN MEMBERI SUMBANGAN UNTUK PROGRAM FREE MARKET
ANUGERAH KHAS PEMBUDAYAAN AMALAN 3R TERBAIK
NAMA PROJEK
: PASU BUNGA DIY
1.0 PENDAHULUAN
Program kempen kitar semula ini
merupakan satu program dibawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (PPSPPA), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan. Kini, pihak PPSPPA sedang giat menjalankan kempen kesedaran
tentang kepentingan pengurusan sisa pepejal dan program kitar semula kepada
semua golongan masyarakat di seluruh negara yang meliputi premis awam, premis
kerajaan dan peringkat sekolah. Pihak PPSPPA juga telah mendapat kerjasama dari
Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah membenarkan penubuhan Kelab Kitar
Semula dan alam sekitar di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh
negara.
Bagi menyahut seruan dari pihak
PPSPPA ini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Kitar
Semula di sekolah ini mulai tahun 2013. Pihak kelab juga turut mengambil
bahagian di dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA.
Antara pertandingan berkaitan ialah Pertandingan Rekacipta Barangan Kitar
Semula. Justeru, kumpulan kami merupakan antara kumpulan yang mengambil
bahagian di dalam pertandingan inovasI ini sebagai tanda keprihatinan dan
sokongan atas usaha-usaha Kelab Kitar Semula dan pihak PPSPPA ini.
2.0
PENGENALAN PROJEK
TAJUK
PROJEK : PASU BUNGA DIY
KUMPULAN : TEAM
FEEDER
Projek
ini merupakan satu hasilan kreatif yang berinovatif dengan menggunakan bahan
buangan atau bahan kitar semula yang mudah didapati. Bagi SK Pida Tiga, pengenalan Pasu Bunga DIY menjadi
inisiatif terbaharu dalam menceriakan Kawasan sekolah. Idea ini diilhamkan
daripada saranan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah yang mahu melihat
inovasi baharu dalam perlaksanaan keceriaan di peringkat sekolah.
Inovasi ini merupakan kolaborasi
antara Kelab Kitar Semula dan Panitia Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Rekabentuk
Pasu Bunga DIY digunakan kerana murid-murid dekat dengan konsep yang terdapat
dalam kemahiran subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Di samping membiasakan
murid-murid dengan merekacipta dan perkara asas menanam pokok. Kami telah
menghasilkan Pasu Bunga Diy untuk kegunaan di samping dapat menceriakan kawasan
sekolah .
2.1 FUNGSI ‘PASU BUNGA DIY’
Menanam tumbuhan hiasan dan tumbuhan herba
di samping mencantik dan menceriakan kawasan sekolah.
2.2 CADANGAN
LAIN-LAIN PENGGUNAAN ‘PASU BUNGA DIY’
Boleh ditempatkan di kawasan-kawasan
lain seperti taman herba, kolam ikan air
masin dan tandas.
2.3 KEISTIMEWAAN
‘PASU BUNGA DIY’
1. Kos amat
murah – menggunakan barang kitar semula ( botol sabun )
2. Mudah
disediakan – Pelajar dapat menghasilkan pasu tersebut dengan mudah kerana
proses penyediaannya yang ringkas.
3. Boleh
disediakan dalam masa yang singkat – mengambil masa kurang lebih 20 minit untuk
menghasilkan satu set ‘PASU BUNGA DIY’
4. Boleh
diubahsuai untuk pelbagai penggunaan mengikut kreativiti.
5. Ringan dan
kalis air.
6. Ringkas dan
menarik. Boleh dibuat mengikut kreativiti pelajar terutamanya penggunaan warna
dan bentuk.
7. Boleh
digunakan oleh semua golongan dan semua tempat.
3.0
ALATAN PROJEK DAN KOS
SENARAI
ALATAN
BIL |
BAHAN |
KOS |
1 |
Botol sabun ( terbuang ) |
Kitar semula |
2 |
Pen marker |
RM 2.00 |
3 |
Pisau |
RM 2.00 |
4 |
Gunting |
RM 2.00 |
KOS
YANG DI PERLUKAN IALAH: RM 6.00
3.1 GAMBAR
ALATAN
RUJUK
LAMPIRAN
4.0 LANGKAH
KERJA
1. Kumpulkan
bahan dan alatan iaitu botol sabun, pen marker, pisau dan gunting.
2.
Melakar bentuk yang hendak dihasilkan menggunakan pen
marker.
3. Memotong botol sabun mengikut bentuk bagi menghasilkan pasu menggunakan pisau dan gunting.
4. Pasu Bunga
DIY yang telah siap.
5. Hasil kerja yang
telah siap untuk keceriaan.
6. Kegunaan
1.
Menanam
pokok hiasan
2.
Menanam
pokok herba.
3.
Boleh
dijadikan hiasan di dalam dan di luar kelas.
4.
Boleh
dijadikan pasu gantung.
5.
Boleh
dijadikan sumber pendapatan.
NAMPAK RINGKAS TAPI SANGAT BERMANFAAT UNTUK
KECERIAAN