PROGRAM PENGANTARABANGSAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PIDA TIGA KE HATYAI DAN SONGKLA.
Menyedari pentingnya penanda aras dalam menstruktur atau menambah baik pengurusan sekolah, maka warga SK Pida Tiga menganjurkan dan menyertai Program Lawatan Penanda Aras ke Hatyai & Songkhla di Negara jiran terdekat, Thailand. Lawatan integrasi ini adalah permulaan usaha untuk meningkatkan kualiti dan kecemerlangan ke arah TS25.
Objektif
Lawatan penanda aras ini adalah sebagai usaha dan perkongsian bagi menjalinkan hubungan kerjasama antara kedua-dua sekolah dan institusi agama di negara jiran.
Melalui lawatan ini, adalah diharapkan dapat memberikan semangat kepada semua pihak untuk memperbaiki pengurusan sekolah dan juga pengurusan Masjid Besar Songkhla.
Selain itu, lawatan ini juga menjurus ke arah kebitaraan kitar semula (3R) di mana aktiviti berkaitan kitar semula turut di jalankan sepanjang lawatan seperti mengumpul botol dan bekas terpakai yang sesuai untuk kitar semula. Ini meningkatkan kesedaran dan semangat kepada guru dan kakitangan SK Pida Tiga.
Kumpulan Sasaran
Lawatan ini disertai oleh barisan pentadbiran, guru-guru serta kakitangan SK Pida Tiga seramai 27 orang.
Hari Pertama
Lawatan bermula dengan urusan melepasi sempadan negara Malaysia dan memasuki negara Thailand. Lawatan ini diiringi oleh seorang pemandu pelancung yang membantu dalam lawatan ini. Pelbagai maklumat dan penerangan diberikan kepada semua peserta sepanjang lawatan.
Tempat lawatan pertama ialah Masjid Besar Songkhla.Tujuan utama adalah untuk menyampaikan sumbangan yang dibawa seperti telekung, pakaian dan sejadah. Pelbagai maklumat bermanfaat yang kami peroleh daripada Tuan Imam Besar dan Pegawai yang menguruskan Masjid Besar Songkhla seperti perbezaan cara pengurusan mengikut budaya komuniti di Thailand.
Selain dapat menyalurkan sumbangan ke Masjid Besar Daerah Songkhla, lawatan ini juga dapat menjalinkan hubungan silaturahim serta bertukar pandangan berkaitan pengurusan antara sekolah ini dan pihak pengurusan institusi agama di Songkhla.
Lawatan diteruskan ke beberapa tempat-tempat menarik sekitar Songkhla seperti Bee Garden, Klonghae Floating Market, Songkhla View Point, Champuak Camp dan Asian Night Market.
Selesai melawat tempat-tempat lawatan hari pertama, semua peserta lawatan bermalam di D-one Hotel, Hatyai.
Hari Kedua
Lawatan diteruskan ke tempat-tempat menarik sekitar Songkhla seperti Samila Beach, Chabura Dim Sum dan Klonghae Steam & Grill. Lawatan ke tempat-tempat ini dapat mendedahkan semua peserta dengan kelainan persekitaran dan budaya di negara Thailand seperti makanan dan sebagainya.
Selain itu peserta-peserta lawatan berpeluang meluaskan pengetahuan dengan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan warga Thailand.
Sepanjang tempoh lawatan ini kami tidak mengabaikan aspek kebersihan. Kami melakukan aktiviti pengasingan sisa pepejal dan pengumpulan botol-botol minuman terpakai.
Rumusan
Dengan kejayaannya lawatan ini, semua peserta lawatan dapat membina hubungan yang baik dan lebih baik. seterusnya diharapkan dapat memberi kesedaran serta semangat untuk meningkatkan kejayaan dalam menjalankan tugas dengan lebih komited untuk melahirkan sekolah cemerlang.