Thursday, 27 June 2019

AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA - SEMPENA LARIAN TASIK 2019

    TAJUK       : KUTIPAN BARANG KITAR SEMULA SEMPENA LARIAN TASIK

    OBJEKTIF :  Murid dapat mempraktikkan amalan 3R ditempat awam

    TARIKH     :  24 JANUARI 2019 ( KHAMIS)

    TEMPAT    : TASIK DARUL AMAN

     MASA       : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

    AKTIVITI  : 1. Mendengar taklimat daripada guru.
                          2. Mengasingkan barang yang boleh dikitar semula secara berkumpulan.
                          3. Mengumpul dan membawa pulang barang yang boleh dikitar semula.

     CATATAN : Peserta lain membantu guru-guru membuat pengasingan barang kitar semula.

 





AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA - PENGASINGAN BARANG KITAR SEMULA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

    TAJUK     :  PENGASINGAN BARANG KITAR SEMULA SEMPENA
                          SAMBUTAN HARI RAYA

    OBJEKTIF: Mengaplikasi amalan pengasingan sisa pepejal dalam kehidupan seharian.

    TARIKH    :  27 JUN 2019 ( KHAMIS)

    TEMPAT    : SK PIDA TIGA

     AKTIVITI :  1. Ahli kelab Kitar Semula telah membantu pekerja pembersihan kitar semula
                               menyediakan tempat pengasingan sisa pepejal.
                           2. Murid dan guru serta warga sekolah membuang sisa pepejal mengikut kategori.

     MASA       : 11.00 PAGI - 1.00 TENGAH HARI

     CATATAN :  Murid-murid dan guru-guru membuat pengasingan barang kitar semula.








AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA - KEMPEN KESEDARAN AMALAN 3R PERINGKAT SEKOLAH


    TAJUK      :  KEMPEN KESEDARAN AMALAN 3R PERINGKAT SEKOLAH

    OBJEKTIF: Memberi kesedaran tentang amalan 3R peringkat sekolah

    TARIKH    : 14 MAC 2019 (KHAMIS)

    TEMPAT    : KANTIN SK PIDA TIGA

    AKTIVITI  : 1. Semua murid dan guru berkumpul di kantin sekolah.
                          2. Ucapan guru besar SK Pida Tiga
                          3. Taklimat disampaikan oleh pegawai e-IDAMAN                       

    CATATAN  : Melibatkan semua warga SK Pida Tiga.
                          Perasmian oleh Puan Rofitah binti Hashim, Guru Besar SK Pida Tiga


















 

AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA - MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH JUALAN TERBANYAK DARI BULAN FEBRUARI HINGGA MEI 2019

    AKTIVITI : MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH JUALAN TERBANYAK
                         BULAN FEBRUARI HINGGA MEI 2019

    TARIKH    : 20 MEI 2019 (ISNIN)

    TEMPAT    : TAPAK PERHIMPUNAN SK PIDA TIGA

    CATATAN  : Hadiah disampaikan oleh Puan Rofitah binti Hashim, Guru Besar SK Pida Tiga
 





                                                    PEMENANG KATEGORI LELAKI
                                NAMA: MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI  BIN MOHD ASRI






                                                     PEMENANG KATEGORI PEREMPUAN
                                NAMA: NUR ALISYA UMAIRAH  BINTI  MOHD SAUFI





Wednesday, 26 June 2019

AKTIVITI KITAR SEMULA- PERASMIAN BILIK 'RFL'

    AKTIVITI : PERASMIAN BILIK 'RFL'

    TARIKH    : 11APRIL 2019 ( KHAMIS)

    TEMPAT    : BILIK 'RFL' SK PIDA TIGA

     MASA       : 11.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

   CATATAN   : Dirasmikan oleh En Anuar bin Nordin   - Wakil Dato' Seri Mukhriz bin Tun Mahathir










   

AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA - SEMPENA KEM BESTARI SOLAT

    TAJUK      : KUTIPAN BARANG KITAR SEMULA
                         SEMPENA KEM BESTARI SOLAT 2019

     OBJEKTIF: Mengaplikasi amalan pengasingan sisa pepejal dalam kehidupan seharian.

    TARIKH    : 4 MEI 2019 (SABTU)

    TEMPAT    : MASJID KG. PIDA TIGA

    AKTIVITI :  1. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan.
                          2. Murid membuat pengasingan sisa pepejal seperti sisa makanan dan bekas makanan
                              dan botol minuman dengan pengawasan guru.

    CATATAN : Ahli Kelab Kitar Semula SK Pida Tiga membantu urusetia Kem Bestari Solat
                         mengasingkan sisa makanan dan bekas makanan dan botol minuman.



















AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA - MESYUARAT AGUNG 2019




     AKTIVITI      : MESYUARAT AGUNG KELAB KITAR SEMULA

    TARIKH         : 9 JANUARI 2019 (RABU)

     MASA            : 12.15 HINGA 1.45 TENGAH HARI

     TEMPAT        : MAKMAL KOMPUTER

     KEHADIRAN: 23/23 ORANG
     ___________________________________________________________________________


MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB KITAR SEMULA 2019

AGENDA

i.   ALUAN PENGERUSI
     
1.  Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan selamat datang kepada semua ahli bagi
     sesi 2019. 


ii.  PEMILIHAN AJK TAHUNAN

2.  Berikut adalah senarai AJK Kelab yang telah dilantik.
     Pengerusi          :   MUHAMMAD IRFAN MUKHRIZ BIN CHE SAUFI
     Naib Pengerusi :   NUR SYAFIZATUL BALQIS BINTI ASMIZAN
     Setiausaha        :   NURLIYANA IZZATI BINTI ABDUL RASHID
     Bendahari         :   MUHAMMAD ADAM HARIS BIN MOHD NIZAM
     AJK                  :   MUHAMMAD IRFAN BIN HALMI
                                   NUR IKA ZULAIKHA BINTI ZAHRI
                                   NUR BATRISYA BINTI SHOHIBON
                                   NUR ALIA FARHANA BINTI ASMULIADI
                                   RUDIANA BINTI ABD RAHMAN

iii. HAL-HAL LAIN 

3.  Setiap ahli wajib membawa barang kitar semula supaya menjadi contoh kepada rakan yang lain.

4.  Ahli yang membuat jualan paling banyak akan diberi hadiah.

iv.  UCAPAN PENANGGUHAN

5.  Guru penasihat memberi penerangan tentang aktiviti yang dijalankan.

6.  Aktiviti akan bermula setiap hari rabu pada 7.45 - 8.45 pagi.

7.  Setiap ahli diwajibkan hadir setiap kali perjumpaan.

8. Semua ahli dikehendaki memakai baju sukan semasa perjumpaan.

9. Serta membawa buku catatan dan alat tulis.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang


Pencatat:                                                                                              Tarikh:  10.1.2019

(NURLIYANA IZZATI BINTI ABD RASHID)
SETIAUSAHA,
KELAB KITAR SEMULA


    







 

















AKTIVITI KITAR SEMULA - GOTONG-ROYONG BERSAMA KOMUNITI

    TAJUK       : GOTONG-ROYONG  BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT

    OBJEKTIF :  Menggalakkan komuniti setempat menjaga alam sekitar di samping mengamalkan
                           amalan 3R.

    TARIKH     : 14 FEBRUARI 2019 (KHAMIS)

     MASA        : 4.00 PETANG - 6.00 PETANG

    TEMPAT     : KG PIDA TIGA, TUNJANG

    AKTIVITI  :  1. Membersihkan kawasan sekitar kampung berhampiran kawasan sekolah.
                           2. Mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula.

    CATATAN   :  Aktiviti ini melibatkan ahli kelab kitar semula , pekerja sekolah dan penduduk
                            Kg Pida Tiga.












AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA - JUALAN BARANG KITAR SEMULA


     TAJUK      : JUALAN BARANG KITAR SEMULA

     OBJEKTIF:  Menggalakkan murid membuat kutipan barang-barang kitar semula disamping
                           dapat menambah pendapatan keluarga.

     TARIKH    : SETIAP BULAN BERMULA BULAN FEBRUARI 2019
                          HINGGA NOVEMBER 2019
 
      TEMPAT   : PERKARANGAN SEKOLAH

      AKTIVITI : 1. Mengumpul barang kitar semula ditempat yang telah disediakan.
                           2. Jualan barang kitar semula.

     CATATAN  : Melibatkan semua warga SK Pida Tiga dengan kerjasama Syarikat Idaman.

     














Tuesday, 25 June 2019

SEJARAH SKPT

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PIDA TIGA


Asal sekolah ini dibangunkan oleh penduduk-penduduk asal kampong ini. Ketika itu dinamakan sekolah rakyat dalam tahun 1954. Bilik darjah di bawah rumah dilengkapi dinding dan bangku panjang daripada kulit-kulit gelam.
Guru-guru ketika itu, Encik Md Isa Bin Ahmad dan Encik Talin Bin Hj Saad dari Kubang Rotan. Orang kuat yang bertanggungjawap dan menjadi pelopor ialah Tuan Hj Shaari Bin Hj Said. Beliau telah pulang ke rahmatullah pada 1986.
Pada Mei 1961 Pejabat Pelajaran Daerah telah menghantar Encik Abu Bakar Bin Md Akil sebagai Guru Besar dengan separuh bantuan daripada Pejabat Pelajaran Kedah. Guru-guru ketika itu ialah Encik Abu Bakar Bin Akil (GB). Kelulusan Darjah 6, Encik Aziz Bin Abdullah (G. Penolong) dan Ustaz Baharudin Bin Tahir. Bilangan murid 58 orang.
Tapak sekolah luasnya 5 relong 259 jemba / lebih kurang 1.3 hektar. Tuan Shaari Bin Hj. Said wakaf 1 relong, selebihnya dibeli oleh Lembaga Pengurus Sekolah RM2,800. Bangunan terdiri 2 Blok sekolah – Blok A JKR 1963, Blok B JKR 1982. 1 Blok kantin – JKR 1983. Surau – 1997. 1 Bangsal Basikal. 2 Tempat letak kereta guru. Sebuah makmal komputer, Pondok Pengawal dan Balai Menunggu, Blok A – 4 Bilik Darjah, 1 Bilik Pemulihan dan 1 Bilik Kemahiran Hidup.Blok B – Bilik Guru Besar, Pejabat Sekolah, 4 Bilik Darjah, 1 Bilik PSS, 1 Makmal Sains dan 1 Bilik Guru, Kawasan – Padang Bola, Padang Hoki, Padang Bola dan Taman Batu.


Monday, 24 June 2019

SK PIDA TIGA

SEKOLAH KEBANGSAAN PIDA TIGA, TUNJANG
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN