SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PIDA TIGA
Asal sekolah ini dibangunkan oleh penduduk-penduduk asal kampong ini. Ketika itu dinamakan sekolah rakyat dalam tahun 1954. Bilik darjah di bawah rumah dilengkapi dinding dan bangku panjang daripada kulit-kulit gelam.
Guru-guru ketika itu, Encik Md Isa Bin Ahmad dan Encik Talin Bin Hj Saad dari Kubang Rotan. Orang kuat yang bertanggungjawap dan menjadi pelopor ialah Tuan Hj Shaari Bin Hj Said. Beliau telah pulang ke rahmatullah pada 1986.
Pada Mei 1961 Pejabat Pelajaran Daerah telah menghantar Encik Abu Bakar Bin Md Akil sebagai Guru Besar dengan separuh bantuan daripada Pejabat Pelajaran Kedah. Guru-guru ketika itu ialah Encik Abu Bakar Bin Akil (GB). Kelulusan Darjah 6, Encik Aziz Bin Abdullah (G. Penolong) dan Ustaz Baharudin Bin Tahir. Bilangan murid 58 orang.
Tapak sekolah luasnya 5 relong 259 jemba / lebih kurang 1.3 hektar. Tuan Shaari Bin Hj. Said wakaf 1 relong, selebihnya dibeli oleh Lembaga Pengurus Sekolah RM2,800. Bangunan terdiri 2 Blok sekolah – Blok A JKR 1963, Blok B JKR 1982. 1 Blok kantin – JKR 1983. Surau – 1997. 1 Bangsal Basikal. 2 Tempat letak kereta guru. Sebuah makmal komputer, Pondok Pengawal dan Balai Menunggu, Blok A – 4 Bilik Darjah, 1 Bilik Pemulihan dan 1 Bilik Kemahiran Hidup.Blok B – Bilik Guru Besar, Pejabat Sekolah, 4 Bilik Darjah, 1 Bilik PSS, 1 Makmal Sains dan 1 Bilik Guru, Kawasan – Padang Bola, Padang Hoki, Padang Bola dan Taman Batu.
No comments:
Post a Comment