Tuesday, 23 July 2019

AKTIVITI KITAR SEMULA - GOTONG - ROYONG TAMAN HERBA

     TAJUK       :  GOTONG-ROYONG TAMAN HERBA

     OBJEKTIF :  1. Membersihkan dan menyuburkan tanaman di Taman Herba Kitar Semula.
                            2. Menghargai tumbuhan herba dan menggunakannya sebagai peeubatan dan bahan
                                masakan.

     TARIKH     :  24 JULAI 2019 (RABU)

     TEMPAT     :  TAMAN HERBA KITAR SEMULA

     AKTIVITI   :  1. Murid mendengar penerangan guru..
                            2. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diberi tugasan .
                            3. Murid menjalankan aktiviti membersihkan  dan menyiram tanaman di Taman
                                Herba Kitar Semula
                           

     CATATAN   : Melibatkan semua ahli Kelab Kitar Semula dan guru-guru Kelab Kitar Semula
                            SK Pida Tiga.

















Wednesday, 17 July 2019

REKACIPTA BARANG KITAR SEMULA

REKACIPTA BARANG KITAR SEMULA


NAMA PROJEK : ‘ BEG BOTOL AIR’

NAMA KUMPULAN :  TIGA SAHABAT

AHLI KUMPULAN    :

       1) DANISH AJMAL BIN MOHAMAD MUSA –  4 AL FARABI
      2) MUHAMMAD ALIF JAZLI BIN AZMI –  4 AL FARABI
      3) MUHAMMAD AQIL BIN MOHAMAD ASRI –  4 AL FARABI


     
        NAMA GURU PEMBIMBING :    HABSAH BINTI ABDUL RAHMAN







NAMA PROJEK : BEG BOTOLAIR

1.0  PENDAHULUAN

Program kempen kitar semula ini merupakan satu program dibawah perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kini, pihak PPSPPA sedang giat menjalankan kempen kesedaran tentang kepentingan pengurusan sisa pepejal dan program kitar semula kepada semua golongan masyarakat di seluruh negara yang meliputi premis awam, premis kerajaan dan peringkat sekolah. Pihak PPSPPA juga telah mendapat kerjasama dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah membenarkan penubuhan Kelab Kitar Semula dan alam sekitar di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
            Bagi menyahut seruan dari pihak PPSPPA ini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Kitar Semula di sekolah ini mulai tahun 2013. Pihak kelab juga turut mengambil bahagian di dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA. Antara pertandingan berkaitan ialah Pertandingan Rekacipta Barangan Kitar Semula. Justeru, kumpulan kami merupakan antara kumpulan yang mengambil bahagian di dalam pertandingan rekacipta ini sebagai tanda keprihatinan dan sokongan atas usaha-usaha Kelab Kitar Semula dan pihak PPSPPA ini.
2.0      PENGENALAN PROJEK
TAJUK PROJEK        :            BEG BOTOL AIR
KUMPULAN             :           TIGA SAHABAT
            Projek ini merupakan satu hasilan kreatif yang berinovatif dengan menggunakan bahan buangan atau bahan kitar semula yang sangat mudah didapati.  Tujuan projek ini ialah bagi mencipta satu alat yang boleh digunakan serta bermanfaat kepada semua terutamanya murid-murid sekolah dengan menggunakan bahan kitar semula iaitu kotak barang. Bahan terbuang ini mudah didapati di mana-mana. Penghasilan projek ini dapat membantu mengurangkan pencemaran bahan plastik terbuang terhadap alam sekitar.

2.1      FUNGSI  ‘BEG BOTOL AIR’
Sebagai tempat membuang sampah-sampah kecil seperti sisa buangan pensel dan cebisan kertas.
2.2      CADANGAN LAIN-LAIN PENGGUNAAN  ‘BEG BOTOL AIR’
Boleh juga dijadikan hiasan kelas dan sangat diminati oleh murid-murid khasnya murid lelaki.
2.3      KEISTIMEWAAN ‘BEG BOTOL AIR’
1.             Kos amat murah – menggunakan barang kitar semula ( baju terpakai)
2.              Mudah disediakan – .
3.             Ringan dan mudah dibawa.
4.             Ringkas dan menarik. Boleh dibuat mengikut kreativiti pelajar.
5.              Boleh dibawa ke mana-mana.
6.         

3.0       ALATAN PROJEK DAN KOS
SENARAI ALATAN
BIL
BAHAN
KOS
1
Seluar atau baju terpakai
           guna semula
2
Benang
2.00
3
Gunting
guna

JUMLAH
2.00


KOS YANG DI PERLUKAN IALAH: RM 2.00
3.1      GAMBAR ALATAN
           RUJUK LAMPIRAN

4.0       LANGKAH KERJA
1.     Kumpulkan bahan dan alatan iaitu kotak, NT Cutter, gunting , warna air dan gam lilin.
2.     Membuat penandaan menggunakan pensel untuk melakar bentuk ‘BEG BOTOL AIR’ pada kotak.
3.     Memotong kotak dengan menggunakan NT Cutter pada bahagian yang telah ditanda dengan cermat dan teliti.
4.     Melekatkan semua bahagian bagi membentuk kereta kebal.
5.     Mengecat botol plastik yang telah siap dipotong dengan menggunakan cat pelaka mengikut warna yang dikehendaki.
6.      ‘Perwiraku’ dihias mengikut kreativiti.
7.     Hasil kerja telah siap untuk digunakan.














AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA - KECERIAAN LAMAN KITAR SEMULA

     TAJUK       :  KECERIAAN LAMAN KELAB KITAR SEMULA

     OBJEKTIF :  1. Menjana idea kreatif dalam menghasilkan landskap yang menarik di Laman
                                Kitar Semula.
                            2. Menghargai barang-barang terbuang dan menggunakannya untuk dijadikan
                                hiasan.
                            3. Menghargai tumbuhan hiasan dan menggunakannya sebagai penyeri Laman
                                Kitar Semula.

     TARIKH     :  11 MAC 2019 HINGGA 13 MAC 2019 (RABU)

     TEMPAT     :  BILIK KELAB KITAR SEMULA / BILIK RFL SK PIDA TIGA

     AKTIVITI   :  1. Murid mendengar penerangan guru..
                            2. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diberi tugasan .
                            3. Murid menjalankan aktiviti membersihkan Laman Kitar Semula
                                dan menghias Laman Kitar Semula mengikut kreativiti  .

     CATATAN   : Melibatkan semua ahli Kelab Kitar Semula dan guru-guru serta staf sokongan
                            SK Pida Tiga.








































AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA - KECERIAAN BILIK KELAB KITAR SEMULA /BILIK RFL

     TAJUK       :  KECERIAAN BILIK KELAB KITAR SEMULA

     OBJEKTIF :  1. Menjana idea kreatif dalam menghasilkan pokok kitar semula.
                            2. Menghargai barang-barang terbuang dan menggunakannya untuk dijadikan
                                hiasan.

     TARIKH     :  11 MAC 2019 HINGGA 13 MAC 2019 (RABU)

     TEMPAT     :  BILIK KELAB KITAR SEMULA / BILIK RFL SK PIDA TIGA

     AKTIVITI   :  1. Murid mendengar penerangan guru..
                            2. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diberi tugasan .
                            3. Murid menjalankan aktiviti membersihkan bilik, menghasilkan bahan pameran
                                dan menghias bilik  .

     CATATAN   : Melibatkan semua ahli Kelab Kitar Semula dan guru-guru serta staf sokongan
                            SK Pida Tiga.








































Monday, 15 July 2019

AKTIVITI KITAR SEMULA - MEREKA CIPTA POKOK KITAR SEMULA

     TAJUK       :  MEREKA CIPTA POKOK KITAR SEMULA

     OBJEKTIF :  1. Menjana idea kreatif dalam menghasilkan pokok kitar semula.
                            2. Menghargai barang-barang terbuang dan menggunakannya untuk dijadikan
                                hiasan.

     TARIKH     :  10 JULAI 2019 (RABU)

     TEMPAT     :  KANTIN SK PIDA TIGA

     AKTIVITI   :  1. Murid mendengar penerangan guru..
                            2. Murid mereka cipta pokok kitar semula mengikut daya kreativiti murid-murid.
                            3. Murid mempamerkan pokok kitar semula di kantin.

     CATATAN   : Melibatkan semua ahli Kelab Kitar Semula SK Pida Tiga.







Saturday, 13 July 2019

INISIATIF KOMPOS

PENGKOMPOSAN

PENGENALAN

Terdapat pelbagai jenis kaedah pengkomposan tetapi kami memilih satu kaedah sahaja yang terdapat di dalam Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah iaitu pengkomposan pasu bunga.


DEFINISI PENGKOMPOSAN

Pengkomposan adalah cara semulajadi untuk mengitar semula bahan organik. Ianya satu proses di mana bahan organik yang mudah reput diuraikan oleh mokroorganisma dalam kehadiran oksigen. Hasil proses ini adalah kompos yang bermanfaat kepada alam sekitar sebagai baja semulajadi untuk berkebun dan berladang.

Oleh itu, kita boleh menggunakan baja kompos ini kepada pokok buah-buahan atau sayur-sayuran kita bagi menghasilkan tanaman organik yang bermutu tinggi, bernilai dan baik untuk pengguna mengamalkan pemakanan sihat.


OBJEKTIF PENGKOMPOSAN

1. Mengurangkan kuantiti sisa pepejal (sisa organik) yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan
    sampah dan membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.

2. Mengubah bahan organik yang boleh mereput menjadi bahan yang stabil.

3. Menyediakan nutrient yang boleh menyuburkan tanah.

4. Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran dan penjagaan alam sekitar.


PENGKOMPOSAN MENGGUNAKAN PASU BUNGA

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN.

1. PASU




PASU DITAMBAH DARI SEMASA KE SEMASA MENGIKUT KEPERLUAN




2. PENIMBANG









3. SISA-SISA DAPUR -  DIAMBIL DARI KANTIN SEKOLAH DAN DIBAWA OLEH GURU-
                                         GURU
 
    KULIT TELUR, SAYUR-SAYURAN, NASI, BUAH-BUAHAN DAN LAIN-LAIN





KULIT TELUR






SISA SAYUR-SAYURAN








KULIT BAWANG




KULIT TEMBIKAI





KULIT MANGGIS






NASI 








SISA MAKANAN DITIMBANG TERLEBIH DAHULU








3.  SISA-SISA KEBUN TANAH







BATU KERIKIL








DAUN KERING







TANAH KEBUN










TEKNIK PENGKOMPOSAN MENGGUNAKAN PASU BUNGA








TAKLIMAT KOMPOS 

DISAMPAIKAN OLEH CIKGU SHARIPAH KEPADA AHLI KELAB KITAR SEMULA

















LANGKAH-LANGKAH PENGKOMPOSAN MENGGUNAKAN PASU BUNGA


1. Letakkan selapis batu kelikir di dasar pasu bunga untuk tujuan peredaran udara.







2. Tambahkan selapis tanah (lebih kurang 2 inci) ke atasnya. Masukkan sisa-sisa dapur dan daun
     kering.








3. Lapisan hijau diselang-selikan dengan lapisan bahan kering dalam kadar yang sama tebal. Proses
    ini diulangi sehingga ruang itu hampir penuh.















4. Tutup lapisan ini dengan selapis tanah (rengangkan). Semua lubang dan celah hendaklah ditutup
    dengan tanah untuk mengelakkan serangga perosak dan haiwan seperti lalat, lipas, kucing, dan
    anjing daripada menggali sisa-sisa makanan dalam kompos.
















5. Isipadu tanah hendaklah 20% daripada isipadu sisa-sisa buangan. Ulangan proses ini setiap hari
    sehingga pasu itu penuh.

6. Kompos anda akan siap dalam masa 4-5 minggu dan boleh digunakan sebagai baja tumbuh-
    tumbuhan, pokok dan halaman rumput.

7. Anda boleh menggunakan pasu ini sekali lagi untuk mengambus sisa-sia atau menggunakan pasu
    baru. Pasu-pasu ini boleh dihimpunkan di atas pasu-pasu lain, tetapi kandungan di dalamnya
    hendaklah selalu lembap.


   * Bahan hijau - kulit buah-buahan, sayur-sayuran, kulit telur, sisa makanan dan bahan-bahan yang
      boleh dikompos.

   * Bahan kering - daun kering, rumput-rumput, kayu-kayan, jerami, serbuk kayu.



PENGGUNAAN BAJA KOMPOS


1. Menyuburkan tanaman herba dan tanaman hiasan di sekolah.












2. Jual kepada guru-guru dan staf sekolah














Wednesday, 10 July 2019

AKTIVITI KITAR SEMULA - LARIAN 3R

TAJUK     : LARIAN 3R

OBJEKTIF: Mengamalkan gaya hidup sihat disamping menjaga alam sekitar.

TARIKH: 17 JULAI 2019

TEMPAT:  KG PIDA TIGA

AKTIVITI : 1.


















Tuesday, 9 July 2019

AKTIVITI KITAR SEMULA - PROGRAM SAYANGI SUNGAI KITA



     TAJUK       :  PROGRAM SAYANGI SUNGAI KITA

     OBJEKTIF :  Membersihkan sungai berhampiran kawasan sekolah.

     TARIKH     :  3 JULAI 2019 (RABU)

     TEMPAT     :  SUNGAI BERHAMPIRAN SK PIDA TIGA

     AKTIVITI   :  1. Murid berkumpul di tapak perhimpunan.
                            2. Murid mendengar penerangan guru.
                            3. Murid membersihkan sungai dan mengumpul barang kitar semula.

     CATATAN   : Melibatkan semua ahli Kelab Kitar Semula SK Pida Tiga.










AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA- HIASAN PENTAS DARIPADA BOTOL PLASTIK

    TAJUK      : HIASAN PENTAS DARIPADA BOTOL PLASTIK

    OBJEKTIF:  Menghasilkan bunga hiasan pentas daripada botol plastik.

    TARIKH    : 3 DAN 4 APRIL  2019 ( RABU DAN KHAMIS)

    TEMPAT    : SK PIDA TIGA

    AKTIVITI  : 1. Mengumpul botol-botol plastik terpakai.
                          2. Memotong botol plastik dan mengecat bunga plastik.
                          3. Menggubah bunga plastik.

    CATATAN  :  Melibatkan ahli kelab dan guru-guru SK Pida Tiga.