PENGKOMPOSAN
PENGENALAN
Terdapat pelbagai jenis kaedah pengkomposan tetapi kami memilih satu kaedah sahaja yang terdapat di dalam Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah iaitu pengkomposan pasu bunga.
DEFINISI PENGKOMPOSAN
Pengkomposan adalah cara semulajadi untuk mengitar semula bahan organik. Ianya satu proses di mana bahan organik yang mudah reput diuraikan oleh mokroorganisma dalam kehadiran oksigen. Hasil proses ini adalah kompos yang bermanfaat kepada alam sekitar sebagai baja semulajadi untuk berkebun dan berladang.
Oleh itu, kita boleh menggunakan baja kompos ini kepada pokok buah-buahan atau sayur-sayuran kita bagi menghasilkan tanaman organik yang bermutu tinggi, bernilai dan baik untuk pengguna mengamalkan pemakanan sihat.
OBJEKTIF PENGKOMPOSAN
1. Mengurangkan kuantiti sisa pepejal (sisa organik) yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan
sampah dan membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.
2. Mengubah bahan organik yang boleh mereput menjadi bahan yang stabil.
3. Menyediakan nutrient yang boleh menyuburkan tanah.
4. Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran dan penjagaan alam sekitar.
PENGKOMPOSAN MENGGUNAKAN PASU BUNGA
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN.
1. PASU
PASU DITAMBAH DARI SEMASA KE SEMASA MENGIKUT KEPERLUAN
2. PENIMBANG
3. SISA-SISA DAPUR - DIAMBIL DARI KANTIN SEKOLAH DAN DIBAWA OLEH GURU-
GURU
KULIT TELUR, SAYUR-SAYURAN, NASI, BUAH-BUAHAN DAN LAIN-LAIN
KULIT TELUR
SISA SAYUR-SAYURAN
KULIT BAWANG
KULIT TEMBIKAI
KULIT MANGGIS
NASI
SISA MAKANAN DITIMBANG TERLEBIH DAHULU
3. SISA-SISA KEBUN TANAH
BATU KERIKIL
DAUN KERING
TANAH KEBUN
TEKNIK PENGKOMPOSAN MENGGUNAKAN PASU BUNGA
LANGKAH-LANGKAH PENGKOMPOSAN MENGGUNAKAN PASU BUNGA
1. Letakkan selapis batu kelikir di dasar pasu bunga untuk tujuan peredaran udara.
2. Tambahkan selapis tanah (lebih kurang 2 inci) ke atasnya. Masukkan sisa-sisa dapur dan daun
kering.
3. Lapisan hijau diselang-selikan dengan lapisan bahan kering dalam kadar yang sama tebal. Proses
ini diulangi sehingga ruang itu hampir penuh.
4. Tutup lapisan ini dengan selapis tanah (rengangkan). Semua lubang dan celah hendaklah ditutup
dengan tanah untuk mengelakkan serangga perosak dan haiwan seperti lalat, lipas, kucing, dan
anjing daripada menggali sisa-sisa makanan dalam kompos.
5. Isipadu tanah hendaklah 20% daripada isipadu sisa-sisa buangan. Ulangan proses ini setiap hari
sehingga pasu itu penuh.
6. Kompos anda akan siap dalam masa 4-5 minggu dan boleh digunakan sebagai baja tumbuh-
tumbuhan, pokok dan halaman rumput.
7. Anda boleh menggunakan pasu ini sekali lagi untuk mengambus sisa-sia atau menggunakan pasu
baru. Pasu-pasu ini boleh dihimpunkan di atas pasu-pasu lain, tetapi kandungan di dalamnya
hendaklah selalu lembap.
* Bahan hijau - kulit buah-buahan, sayur-sayuran, kulit telur, sisa makanan dan bahan-bahan yang
boleh dikompos.
* Bahan kering - daun kering, rumput-rumput, kayu-kayan, jerami, serbuk kayu.
PENGGUNAAN BAJA KOMPOS
1. Menyuburkan tanaman herba dan tanaman hiasan di sekolah.
2. Jual kepada guru-guru dan staf sekolah
No comments:
Post a Comment