HURAIAN AKTIVITI:
Kompos ialah bahan yang terhasil dari proses
pereputan bahan organik (daun-daun, rumput kering, sisa makanan yang tidak
berminyak, berlemak dan bukan daging dan sebagainya) Kompos adalah makanan
yang baik untuk tumbuhan. Selain dari itu, kompos dapat membaiki tanah dari
tidak subur menjadi subur. Kepentingan baja kompos:-
1.
Untuk kegunaan
tanaman
2.
Untuk mengurangkan
jumlah sampah yang dibuang ke dalam tong sampah.
3.
Memelihara alam
sekitar dan ke arah pertanian secara organik.
Kelab Kitar Semula telah memilih untuk membuat
baja kompos menggunakan daun-daun kering yang terdapat dipersekitaran rumah.
Baja kompos secara Longgokkan. Semua daun-daun
dikumpul dan dilonggokkan di suatu kawasan. Seeloknya longgokkan besar, bersaiz
paling kurang 2 meter persegi dan 1 meter tinggi dan lebih besar longgokan
lebih baik. Untuk mengelakkan kompos terlalu basah, boleh tutup kompos dengan
plastik. Kompos yang suhunya panas cepat mereput. Boleh siap dalam tiga
bulan.
Guru memberi bimbingan dan panduan secara dalam
talian. Murid melaksanakan Program pengkomposan di rumah masing-masing dengan
pemantauan daripada ibu bapa.
|