Saturday, 18 September 2021

PROGRAM KOMPOS

 

 

PERKARA        :   Program Kompos

TARIKH            :   19/5/2021

TEMPAT           :   Rumah  masing-masing

PENGLIBATAN: 48 orang murid dan 4 orang guru SK Pida Tiga

 

 

HURAIAN AKTIVITI:

 

Kompos ialah bahan yang terhasil dari proses pereputan bahan organik (daun-daun, rumput kering, sisa makanan yang tidak berminyak, berlemak dan bukan daging dan sebagainya) Kompos adalah makanan yang baik untuk tumbuhan. Selain dari itu, kompos dapat membaiki tanah dari tidak subur menjadi subur. Kepentingan baja kompos:-

1.      Untuk kegunaan tanaman

2.      Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dibuang ke dalam tong sampah.

3.      Memelihara alam sekitar dan ke arah pertanian secara organik.

 

Kelab Kitar Semula telah memilih untuk membuat baja kompos menggunakan daun-daun kering yang terdapat dipersekitaran rumah.

Baja kompos secara Longgokkan. Semua daun-daun dikumpul dan dilonggokkan di suatu kawasan. Seeloknya longgokkan besar, bersaiz paling kurang 2 meter persegi dan 1 meter tinggi dan lebih besar longgokan lebih baik. Untuk mengelakkan kompos terlalu basah, boleh tutup kompos dengan plastik. Kompos yang suhunya panas cepat mereput. Boleh siap dalam tiga bulan.

 

Guru memberi bimbingan dan panduan secara dalam talian. Murid melaksanakan Program pengkomposan di rumah masing-masing dengan pemantauan daripada ibu bapa.

 






 


 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment