Saturday, 18 September 2021

TUKUN DARIPADA TAYAR

 PERKARA     :  Penyediaan tukun daripada tayar terpakai.

TARIKH        :  10/7/2020

MASA           :   8.00 pagi – 1.15 tengah hari

TEMPAT       :  SK Pida Tiga.

PENGLIBATAN: 10 orang guru dan 2 orang pekerja kebersihan



HURAIAN AKTIVITI

Tukun adalah merupakan suatu tempat didasar laut yang menjadi umpama rumah ataupun tempat pembiakan atau perlindungan bagi habitat laut seperti ikan dan haiwan lain. Dalam keadaan semula jadi apa yang dikatakan tukun ni asalnya terjadi daripada batu batu karang tetapi kini telah berkurangan akibat perbuatan manusia dan juga kitaran alam.

 Tukun tiruan bertujuan untuk menarik perhatian ikan dan mempercepatkan proses pertumbuhan plankton. Selain itu, tukun tiruan dari tayar terpakai lebih murah dan senang untuk disediakan.

 Sebanyak 20 biji tayar terpakai digunakan bagi membuat tukun tiruan dalam projek menternak ikan tilapia di sekolah untuk kegunaan dua buah kolam ikan tilapia bagi menggantikan tukun semulajadi.

 Biasanya dikawasan tukun ini ikan-ikan kecil berkumpul secara berkumpulan dan sekaligus akan mengundang ikan-ikan besar dating untuk mencari makanan.










No comments:

Post a Comment