PERKARA
: Rekacipta Taman Mini Air
daripada barang terpakai dan terbuang.
TARIKH : 26/3/2021 TEMPAT
: Laman Kitar Semula SK Pida
Tiga PENGLIBATAN:
Seramai
3 orang murid dan dua orang guru
terlibat. . |
HURAIAN AKTIVITI : Rekacipta Taman Mini Air daripada barang terpakai
dan terbuang ini dibuat bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang
kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan terbuang dan terpakai
kepada sumber yang bernilai. Tujuan projek ini ialah mendedahkan kepada murid
pengetahuan tentang guna semula bahan terbuang dan terpakai. Ia termasuk
pendedahan tentang bahan terbuang dan terpakai dan menggunakannya semula
untuk menjadikannya lebih bermanfaat. Melalui aktiviti yang dijalankan, murid diharap
lebih menghargai alam sekelilingnya dan sekaligus dapat menjadikan
persekitaran lebih bersih dan cantik. Selain dari itu Rekacipta Taman Mini
Air dari bahan terbuang dan terpakai ini dapat menjadikan sekolah dan
persekitarannya lebih ceria, cantik dan bersih. Dengan adanya Laman Taman Mini Air dari bahan
terbuang dan terpakai ini, secara tidak langsung, ia menjadi sumber rujukan
kepada murid tentang kesan dan manfaat kitar semula dan objektif pembangunan
lestari dapat dicapai. Di samping itu, semangat kerjasama, gotong royong dan
menjana idea-idea yang kreatif sepanjang aktiviti yang dijalankan dapat
disemai. MENGHIASI LAMAN TANDAS BERSIH SK PIDA TIGA SANGAT CANTIK SEBAGAI PENYERI TANDAS SK PIDA TIGA |
No comments:
Post a Comment