Saturday, 18 September 2021

GOTONG-ROYONG LAMAN KITAR SEMULA

 

 

PERKARA    :  Gotong-royong Laman Kitar Semula.

TARIKH        :   28/3/2021

MASA            : 8.30 petang hingga 11.30 petang

TEMPAT       : SK Pida Tiga

PENGLIBATAN:  30 orang terlibat (Semua guru dan pekerja sekolah)

 

 

HURAIAN AKTIVITI:

 

Tentatif

 8.00 – Semua murid dan guru berkumpul di tapak perhimpunan.

 8.10 – Taklimat dan pembahagian kumpulan.

 8. 30 – Gotong - royong.

 10.00 – Rehat.

10.30 – Gotong-royong.

12.00 – Bersurai.

 










                                                   #Kerja Sepakat Membawa Berkat
 
                                                   #Kami Suka Laman Yang Indah

                                                   #SKPT Tetap di hati

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

REKACIPTA TAMAN MINI AIR DARIPADA BARANG TERPAKAI DAN TERBUANG

 

 

PERKARA        :   Rekacipta Taman Mini Air daripada barang terpakai dan terbuang. TARIKH            :   26/3/2021

TEMPAT           :  Laman Kitar Semula SK Pida Tiga

PENGLIBATAN: Seramai 3  orang murid dan dua orang guru terlibat.

.

 

 

HURAIAN AKTIVITI :

 

Rekacipta Taman Mini Air daripada barang terpakai dan terbuang ini dibuat bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan terbuang dan terpakai kepada sumber yang bernilai.

 

Tujuan projek ini ialah mendedahkan kepada murid pengetahuan tentang guna semula bahan terbuang dan terpakai. Ia termasuk pendedahan tentang bahan terbuang dan terpakai dan menggunakannya semula untuk menjadikannya lebih bermanfaat.

 

Melalui aktiviti yang dijalankan, murid diharap lebih menghargai alam sekelilingnya dan sekaligus dapat menjadikan persekitaran lebih bersih dan cantik. Selain dari itu Rekacipta Taman Mini Air dari bahan terbuang dan terpakai ini dapat menjadikan sekolah dan persekitarannya lebih ceria, cantik dan bersih.

 

Dengan adanya Laman Taman Mini Air dari bahan terbuang dan terpakai ini, secara tidak langsung, ia menjadi sumber rujukan kepada murid tentang kesan dan manfaat kitar semula dan objektif pembangunan lestari dapat dicapai. Di samping itu, semangat kerjasama, gotong royong dan menjana idea-idea yang kreatif sepanjang aktiviti yang dijalankan dapat disemai.



MENGHIASI LAMAN TANDAS BERSIH SK PIDA TIGA




                         SANGAT CANTIK SEBAGAI PENYERI  TANDAS SK PIDA TIGA

 

PROGRAM KOMPOS

 

 

PERKARA        :   Program Kompos

TARIKH            :   19/5/2021

TEMPAT           :   Rumah  masing-masing

PENGLIBATAN: 48 orang murid dan 4 orang guru SK Pida Tiga

 

 

HURAIAN AKTIVITI:

 

Kompos ialah bahan yang terhasil dari proses pereputan bahan organik (daun-daun, rumput kering, sisa makanan yang tidak berminyak, berlemak dan bukan daging dan sebagainya) Kompos adalah makanan yang baik untuk tumbuhan. Selain dari itu, kompos dapat membaiki tanah dari tidak subur menjadi subur. Kepentingan baja kompos:-

1.      Untuk kegunaan tanaman

2.      Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dibuang ke dalam tong sampah.

3.      Memelihara alam sekitar dan ke arah pertanian secara organik.

 

Kelab Kitar Semula telah memilih untuk membuat baja kompos menggunakan daun-daun kering yang terdapat dipersekitaran rumah.

Baja kompos secara Longgokkan. Semua daun-daun dikumpul dan dilonggokkan di suatu kawasan. Seeloknya longgokkan besar, bersaiz paling kurang 2 meter persegi dan 1 meter tinggi dan lebih besar longgokan lebih baik. Untuk mengelakkan kompos terlalu basah, boleh tutup kompos dengan plastik. Kompos yang suhunya panas cepat mereput. Boleh siap dalam tiga bulan.

 

Guru memberi bimbingan dan panduan secara dalam talian. Murid melaksanakan Program pengkomposan di rumah masing-masing dengan pemantauan daripada ibu bapa.